Perkhidmatan Insurans
Inova Care menawarkan perkhidmatan sokongan insurans dari Organisasi pemasaran insurans (IMO) kepada penyelesaian pentadbiran pihak ketiga (TPA). Inova Care pakar dalam pembangunan, pemasaran dan pentadbiran produk insurans dan juga perkhidmatan nilai tambah. Inova Care mentadbir pelbagai produk yang merangkumi rangkaian penuh faedah termasuk perubatan, pergigian, penglihatan dan juga gaya hidup serta perkhidmatan sampigan yang lain.

Perkhidmatan TPA dikuasakan oleh teknologi Inova Digital di mana ia merupakan pemacu utama dalam mengawal kos tuntutan dan juga pentadbiran. Teras teknologi kami adalah berasaskan modul, platform berasaskan laman web menjadikan fungsi pentadbiran lebih cekap dan juga boleh dilaraskan mengikut keperluan. Platform ini menyediakan pengesahan masa nyata dan pengesahan ditentukan secara automatik. Kebanyakkan pelanggan memilih perkhidmatan pentadbiran pihak ketiga daripada kami kerana sebab berikut:
- Inova adalah rakan perniagaan yang sejati yang mengambil berat tentang kewangan dan prestasi produk yang ditawarkan oleh pelanggan kami.
- Teknologi kami memanfaatkan kecekapan, kebolehcapaian dan penyatuan antara pelanggan, pembekal rangkaian dan penaggung insurans.
- Inova menggunakan pengurusan berkualiti dan juga program pengurusan kualiti untuk mengesahkan berapa jumlah perlindungan, keperluan perubatan,pengawalan kos dan memastikan ahli menerima penjagaan berkualiti tinggi serta bersesuaian.
- Inova mengekalkan Kerjasama kukuh dengan rakan kongsi rangkaian pembekalnya yang menyelaraskan matlamat serta objektif semua pemegang taruh.
- Kami memastikan tahap perkhidmatan yang cemerlang akan membawa kepada kepuasan yang tinggi kepada pembekal rangkaian, pelanggan dan ahli kami.
Perkhidmatan Organisasi Pemasaran Insurans
- Pengurusan pusat pengedaran dan perolehan
- Pendaftaran ahli
- Pengurusan bayaran premium
- Organisasi produk dan perkhidmatan nilai tambah.
- Faedah konfigurasi rekabentuk
Pentadbiran Pihak Ketiga
- Perkhidmatan Pemenuhan
- Penyesuaian Kelayakkan
- Pentadbiran pembayaran premium
- Khidmat pelanggan dan keahlian
- Pemprosessan komisyen dan pembayaran kepada vendor.
- Pengurusan tuntutan.
Inova Care menawarkan perkhidmatan pengurusan insurans yang inovatif dan berdaya saing dengan pengalaman lebih 20 tahun sebagai pentadbiran global yang terbukti, Kami komited untuk menjadikan organisasi anda berjaya dan merekabentuk program yang akan meningkatkan hasil, keuntungan dan kepuasan pelanggan yang tinggi. Untuk maklumat lanjut tentang Inova Benefits Solution dan bagaimana pihak kami membantu organisasi anda sila hubungi kami di [email protected]